Upgrade Blog Wordpress Ke Versi 2.8.4
Oleh : Nayan Mohd
Apakah Versi Blog Wordpress yang anda gunakan sekarang? Mungkin Versi yang terkini.
Saya baru sahaja berjaya upgrade blog wordpress ini ke Versi 2.8.4. Sebelum ini saya gunakan wordpress Versi 2.3.1. Template blog yang saya gunakan sekarang ini sesuai dengan wordpress versi 2.7 dan ke atas. Jadi, ada beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan. Salah satunya, ruangan komen. Komen tu boleh ditulis tapi tak boleh dilihat..sebab ada ‘error’.
Jadi saya ambil keputusan untuk upgrade blog ini ke wordpress versi 2.8.4. Blog ini saya pasang (install) secara manual berpandukan Panduan Bina Blog Wordpress yang dikeluarkan oleh SmartZul. Jadi, untuk upgrade blog ini, saya juga mesti menggunakan cara manual juga. Itulah yang menjadi masalah saya.
Tetapi, saya berjaya juga lakukan setelah berpandukan satu panduan upgrade wordpress. dari mana saya dapatkan panduan ini? Panduan ini juga merupakan produk keluaran SmartZul. Terima kasih kepada SmartZul. Sebenarnya, dah lama saya beli panduan ni tapi tak pernah cuba untuk upgrade blog.
Panduan upgrade wordpress yang saya gunakan boleh digunakan untuk upgrade mana-mana versi wordpress. Pada saya panduan ini sangat membantu.
Sebelum saya memiliki blog www.OtaiOnline.com, saya telah pun memiliki blog pada tahun 2006. Blog itu ialah www.bijakbisnes.com, dan saya gunakan panduan membina blog wordpress untuk membangunkan blog tersebut. Tapi malangnya, blog itu telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Masalah ini timbul apabila saya ingin upgrade blog tersebut. Saya upgrade secara automatik menggunakan fungsi Fantastico tetapi saya tidak ‘backup’ blog saya. ketika upgrade, ada masalah timbul di mana blog itu tak boleh dilihat ( ada error) atau dengan kata lain rosak. Maka, dari hari itu hilanglah blog yang telah saya bila sejak tahun 2006.
Saya kemudiannya perlu membina semula blog baru dari A hingga Z dengan berpandukan Panduan Bina Blog Wordpress. Blog ini dibina pada Tahun 2008 dan baru sekarang saya upgrade.
Ini adalah serba sedikit perkongsian saya tentang upgrade blog wordpress.
Sehingga jumpa lagi.
Terima kasih..
.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.



























