Strategi Buat Duit di Lelong.com.my

Secara umumnya, kebanyakkan orang yang baru ingin memulakan perniagaan di lelong.com.my mempunyai mentaliti yang sama – iaitu mereka cuma merasakan bahawa untuk berjaya, mereka perlu menjual sesuatu!

 

Memang tidak dinafikan, kebanyakkan penjual yang terdapat di Lelong.com.my pada masa ini – hampir kesemuanya menjual sesuatu “barang”.

 

Namun demikian, saya ingin berkongsi dengan anda salah satu rahsia yang sering dilupakan oleh kebanyakkan orang samaada baru ataupun lama – iaitu memanfaatkan trafik atau pengunjung ke portal tersebut.

 

Tidak ada portal e-perniagaan lain di Malaysia pada masa ini yang menerima kunjungan pembeli seramai Lelong.com.my!

 

Pada setiap hari, terdapat purata 100,000 orang unik (individu berbeza) yang mengunjungi portal tersebut untuk mencari dan membeli sesuatu!

 

Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa portal tersebut mendapat dalam purata melebihi satu juta kunjungan dalam sebulan!

 

Oleh kerana terdapat trafik yang sebegitu besar pada setiap bulan, pihak admin Lelong.com.my telah membolehkan paparan Banner dibuat oleh ahli-ahlinya.

 

Sekiranya anda belum mengetahui, Lelong.com.my memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk menghasilkan dan memaparkan Banner mereka di dalam portal mereka dengan bayaran yuran tertentu.

 

Terdapat dua saiz Banner yang dipaparkan di portal tersebut iaitu saiz besar yang dipaparkan di bahagian atas tengah setiap laman webnya, dan saiz kecil yang dipaparkan di bahagian kiri dan kanan laman web utamanya dan di bahagian kanan laman-laman webnya yang lain.

 

Banner ini mempunyai 2 tugas:

 

1. Membawa pengunjung ke lelongan atau Member Store anda di Lelong.com.my

 

2. Membawa pengunjung ke laman web luar anda yang menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan

 

PERHATIAN! Cuma dengan menggunakan Banner sahaja anda boleh membawa pengunjung di Lelong.com.my untuk membeli sesuatu daripada laman web luar yang lain. Sekiranya anda cuba membawa pengunjung untuk membeli daripada laman web luar melalui diskripsi lelongan anda – sekiranya diketahui, pihak admin akan menamatkan akaun keahlian anda. Penghantaran trafik Lelong.com.my untuk membeli daripada laman web lain selain daripada menggunakan Banner adalah dilarang.
Penggunaan Banner merupakan salah satu strategi untuk membuat duit di Lelong.com.my tanpa perlu menjual apa-apa.

 

Anda cuma perlu menjadi Affiliate atau Penjual kepada barangan orang lain dan mendapatkan perjanjian komisen daripada pemiliknya untuk setiap penjualan melalui Banner anda.

 

Anda cuma perlu menghasilkan Banner yang boleh membawa pengunjung untuk membeli daripada laman web penjual tadi dan anda akan mendapat komisen daripada setiap pembelian melalui kunjungan Banner anda. Sila pastikan yang laman web penjual tadi boleh membezakan di antara pembelian melalui kunjungan Banner anda dengan pembelian melalui kunjungan lain untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari.

 

Kesimpulannya, apa yang ingin saya kongsi di sini adalah terdapat pelbagai cara untuk menjana wang daripada Lelong.com.my. Penggunaan Banner merupakan salah satu daripadanya.

 

Ambil sedikit masa anda untuk memikirkan cara lain untuk membuat duit di situ dan akan mula melihat banyak cara lain yang masih tidak diketahui oleh kebanyakkan ahli-ahli yang lain.

 

Sila dapatkan buku Rahsia Raja Lelong untuk mendapatkan pelbagai strategi buat duit lain di Lelong.com.my dan rahsia untuk menghasilkan Banner yang berkesan!

—————————————————
Artikel ini telah ditulis oleh Eruwan Gerry Norsen

Eruwan Gerry Norsen,
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com

—————————————————

panduan bisnes ebay paling laris di internet.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
Lelong, Online

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)