Apa yang perlu anda tahu untuk membina sebah laman web jualan. Sebelum tu, cuba anda lihat satu contoh laman web jualan. Klik link ini : www.nayanmohd.com/panduanminisite
Untuk membina laman web jualan, anda perlu tahu :
1. struktur sesebuah laman web jualan
2. template yang hendak digunakan
3. apakah CSS. CSS memudahkan proses membina laman web jualan.
4. cara membina ‘table’ di dalam laman web jualan
5. cara memasukkan imej dalam laman webjualan
6. cara membina hyperlink untuk imej dan perkataan
Itu adalah antara yang terkandung di dalam “Panduan Minisite – Tutorial Bervideo”
Adakah anda seorang peniaga di internet? Jika YA, anda perlukan sebuah laman web jualan untuk menjual produk dan perkhidmatan anda di internet.
Jika anda serius dalam perniagaan internet, anda TIDAK BOLEH gunakan laman web PERCUMA dan DOMAIN percuma. Anda PERLU memiliki DOMAIN Berbayar anda sendiri. Dan anda perlu belajar bagaimana cara untuk membina sebuah laman web jualan yang baik.
Adakah anda buntu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda di internet kerana anda tak tau membina laman web??
Antara tujuan utama penggunaan laman web minisite dalam pemasaran di internet adalah untuk :
1. mendapatkan jualan yang banyak
2. menghantar produk yang dibeli oleh pembeli melalui link download ( produk digital)
3. memberi informasi tempahan, pembayaran dan sebagainya
4. mendapatkan prospek ke dalam sistem autoresponder anda
5. melakukan pemasaran terhadap link affiliate anda
Kini, anda boleh belajar sendiri bagaimana cara untuk membina sebuah laman web minisite perniagaan internet anda.
1. Manual Start-Up
- Satu manual yagn menerangkan langkah-langkah yang perlu anda lakukan
2. Video Tutorial
a) Video #1 : Pengenalan Minisite
b) Video #2 : Memahami struktur minisite
c) Video #3 : Membina Tamplate Utama
d) Video #4 : Menggunakan CSS mudah untuk membina tamplate
e) Video #5 : Proses Set-Up Halaman Web
f) Video #6 : Proses Upload File ke Hosting
g) Video #7 : Tutorial Tambahan
3. Rangka Template Segera Eksklusif
Jika anda berminat untuk mempelajari cara-cara mudah membangunkan laman web mini yang bakal mampu memberi keuntungan dalam pemasaran internet anda. Dapatkan “Pakej Eksklusif Tutorial Bervideo panduan Minisite” sekarang…
Sila klik di sini : http://www.nayanmohd.com/panduanminisite
Hari ini saya ingin berkongsikan pula tentang kelebihan pembinaan minisite bagi bakal usahawan baru internet terutama sekali buat anda…
Laman web yang paling berkesan dan menguntungkan untuk pemasaran internet adalah laman web yang berkonsepkan minisite.
Satu kelebihan utama pembinaan minisite adalah ianya adalah berkos murah. Ya, pembinaan minisite adalah amat murah sekali berbanding jika anda ingin membina laman web seperti shopping cart. Yang lebih menariknya, anda boleh mula membangunkan laman web minisite anda menggunakan perisian percuma sahaja!
Antara kelebihan lain laman web berkonsepkan minisite ini adalah kos maintenance nya yang rendah. Sebagai contoh jika anda ingin mengubahsuai isikandungan web anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah edit kembali kandungan dan uploadkan ke internet. Cukup mudah dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda.
Seterusnya dengan menggunakan minisite, anda juga mampu menyekat pelawat web daripada terganggu dengan lain – lain promosi produk. Sebagai contoh, jika di shopping cart, pelawat web mungkin akan jadi rambang mata… mereka akan klik sana sini untuk melihat produk – produk… namun akhirnya tidak akan membuat pembelian.
Berbanding dengan minisite, pelawat web hanya mempunyai 2 pilihan sahaja… memberi respon kepada promosi anda atau meninggalkan web anda. Jika penulisan ayat jualan anda yakni copywriting anda baik, maka anda mungkin dapat mempengaruhi pelawat untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan.
Baiklah, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi!
Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.
Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.
Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.
Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain – lain jenis laman web sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.
Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.
Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.
Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda.
Anda boleh gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload dan sebagainya.