Kedai Online klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Jana Pendapatan Dengan Produk MRR!!!

August 10th, 2008 No Comments   Posted in Berita Semasa, Ebook, Grafik, Video

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

11 Ogos 2008!!!

Abooain akan melancarkan satu lagi produk MEGA yang sudah tentu berkaitan dengan produk MRR/PLR! Kali ini pakej yang diberi nama MRR MEGA SALES mengandungi lebih dari  seratus jenis produk pelbagai jenis yang ditawarkan dengan harga yang cukup istimewa.

11 Ogos 2008!!! 

Bagi Newbie atau mereka yang masih baru dalam arena Perniagaan Online maka sudah tentu MRR/RR/PLR adalah perkataan yang begitu asing bagi mereka. Di sini saya jelaskan secara  ringkas apakah yang dimaksudkan dengan MRR/RR/PLR itu.

 

MRR - Singkatan Master Resell Right, iaitu Hak Penjualan Semula produk, ebook atau sebagainya. Anda diberikan lesen untuk menjual semula produk tersebut dan pelanggan anda pula  berhak memberikan lesen kepada para pembelinya.

 

PLR - Singkatan Private Label Right - Anda diberikan Hak Penjualan Semula dan beberapa hak atau lesen sama ada untuk mengubah-suai produk tersebut, meletakkan nama anda,  mengubah-suai ecover, website dan sebagainya.

 

Oleh itu produk yang ditawarkan dalam MRR MEGA SALES (MMS) ini adalah himpunan produk yang boleh dijual semula……mulai sekarang tidak ada alasan bagi mereka yang mengatakan  tidak ada produk untuk dijualkan kerana produk MRR yang terkandung di dalam MMS ini melebihi 100 produk dan menjangkaui 2Gb!!!

 

Lihat sendiri di sini : http://www.otaionline.com/mrrmegasales

 

 

Abooain atau Ahmad Syaifuddeen Mohamad telah membahagikan MMS kepada beberapa Bahagian atau pakej iaitu :

 

1.  Pakej Private Label Right
2.  Pakej Bisnes - Mengandungi perisian atau video yang bersesuaian dengan Perniagaan Online anda
3.  Pakej Web 2.0 - Mengandungi perisian/report yang berkaitan seperti Social Bookmarketing & Web 2.0. Ketahui teknik untuk meningkat jualan menggunakan kaedah terkini
4.  Pakej Artikel Marketing - Mengandungi perisian/Panduan untuk menjadikan anda seorang pro di dalam article Marketing. Ketahui kaedah untuk mendapat ranking yang baik di Enjin  pencari, menarik trafik secara percuma dan sebagainya.
7.  Pakej Traffik & List - Mengandungi Perisian/panduan untuk meningkatkan list anda dan menarik trafik ke blog atau website anda.
5.  Pakej Blogging - Mengandungi perisian/panduan yang mampu menjadikan anda seorang Master dalam dunia blogging dan menjana keuntungan dari blog anda tersebut!
6.  Pakej Affiliate Marketing - Mengandungi perisian/panduan untuk meningkatkan jualan affiliate anda, mengajar teknik untuk menjadi Master Affiliate.
8.  Pakej Pembinaan produk -  Mengandungi perisian/panduan untuk menukarkan sesuatu produk kepada jualan yang hebat dan mengaut keuntungan berganda darinya
9.  Pakej Multimedia - Mengandungi perisian/panduan dalam video audio dan memanfaatkannya untuk mendapatkan keuntungan.
10. Pakej Meningkatkan Jualan - Mengandungi Perisian/panduan yang mengajar cara untu mempelbagaikan jualan anda dan menukarkan pelawat kepada pembeli dengan sedikit perubahan
11. Pakej Autopilot Bisnes - Mengandungi perisian/panduan untuk meningkatkan produktiviti dan keuntungan secara autopilot.
12. Pakej Grafik - Mengandungi perisian/panduan yang mampu membantu anda untuk membina website. Jimatkan kos dan masa anda dengan membinanya sendiri.
13. Bonus - Bonus yang bernilai sehinggan $1000 menanti anda
14. Bonus Eksklusif - Bonus terhad yang ditawarkan untuk 20 orang sahaja
15. dan banyak lagi!!!

 

MMS yang mengandungi lebih dari 100 produk MRR/PLR bernilai $5,923 dan ditawarkan dengan harga istimewa iaitu RM39 ….. TETAPI perlu diingat bahawa harga ini tidak kekal dan  akan dinaikkan bagi setiap 30 jualan!

 

Maka anda perlu cepat dan pantas merebut peluang ini. Abooain telah menjadikan Perniagaan Online semakin mudah untuk diterokai kerana tidak ada lagi alasan yang mengatakan Tidak  Ada Produk, Produk Terlalu Mahal, Sukar Mendapatkan Produk dan 1001 macam alasan lagi!

 

Dapatkan di sini : http://www.otaionline.com/mrrmegasales

 

11 Ogos 2008!!!

TAWARAN BONUS TERKINI : Dapatkan Bonus berupa diskaun 50% untuk design eCover produk anda. Tawaran Terhad untuk 20 pembeli terawal melalui link yang diberikan di atas. Hantarkan salinan maklumat pembayaran anda dan maklumat diri termasuk no.telefon anda ke pusatjualan[@]gmail.com. Hanya pembeli yang menghantar maklumat yang kami perlukan sahaja akan menerima Bonus ini.

Produk Grafik Terkini…

August 5th, 2008 No Comments   Posted in Grafik

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Setiap hari, kita sebagai usahawan internet akan terfikir bagaimana caranya untuk menambah hasil pendapatan kita. Setiap hari, kita akan terfikir bagaimana nak menjana wang lebih banyak dari internet. Namun adakah kita perasan bahawa dengan satu produk dan satu web jualan, kita mampu membuat duit sehingga 5 angka..Tak mustahil!!

Adakah kita perasan bahawa untuk menjadi seperti ini, buat duit dengan hanya satu web jualan, kita perlukan keyakinan daripada ramai pelawat web jualan kita. Semakin ramai pelawat web kita yang yakin dengan web jualan kita, kemungkinan untuk mereka menjadi pembeli kita amat tinggi sekali. Bukan semua orang mampu menyediakan surat jualan yang membunuh. Bukan semua orang mampu membina senarai email prospek yang besar. Tapi kini, sesiapa sahaja mampu menjadi Professional Designer seterusnya mampu mencantikkan dan menampakkan web jualan kita lebih professional tanpa mengupah mana-mana designer..

Sebenarnya, untuk menjadi jutawan di internet,anda perlu mahir atau paling tidak tahu serba sedikit membina grafik yang professional kerana itulah kunci utama menentukan kuasa pembeli.Jom kita baca cerita berikut:

Ahmad mempunyai satu laman web jualan. Dia juga terkenal dengan teknik SEO. Jadi tidak hairanla web jualannya sentiasa berada di ranking teratas di Google, Yahoo dan MSN. Dia juga mempunyai produk yang baik lenkap dengan lesen PLR. Malah, surat jualannya benar-benar membunuh. Dia juga mampu mendapatkan testimonial dari ramai pakar yang lain. Hebat berJV juga si Ahmad ni. Setelah sebulan produknya berada di pasaran, Ahmad hanya mampu menghasilkan 10 jualan sahaja. Apakah silapnya? Setelah difikirkan kembali, web jualannya sebenarnya masih tidak nampak professional dan tidak dinaiktaraf ke versi web 2.0.

Danial juga usahawan internet. Danial salah seorang pembeli produk PLR Ahmad tadi. Danial memang masih baru dalam perniagaan internet ni. Namun, satu kelebihannya, dia merupakan seorang pereka grafik professional. Dia kemudiannya menukar kesemua grafik yang terdapat pada web jualan Ahmad. Malah, dia mampu menghasilkan banner-banner promosi yang nampak sangat menarik. Walaupun masih baru dalam internet serta tidak ada kepakaran seperti SEO, JV dan surat jualan yang membunuh, dia mengatasi semua kelemahannya itu dengan menghasilkan grafik yang menarik. Dia kemudiannya melancarkan produknya. Isi sama saja dengan si Ahmad ni tadi. Selepas seminggu, sebarang jualan belum dapat dilakukan. Dia tahu mengapa. Ini kerana web jualannya
masih belum dapat disedari orang. Dia kemudian melanggan PPC supaya web jualannya
mampu berada sederet dengan web jualan Ahmad.

Selepas sebulan, rekod jualannya mencecah 100!!berkali ganda dari Ahmad yang sudah lama menjalankan perniagaan di internet. Teknik yang membezakan mereka hanyalah GRAFIK! Kedua-duanya mampu menarik pelawat unik setiap hari, tapi pelawat unik tersebut yang tidak pernah mengenali Ahmad dan Danial, lebih yakin membeli dari Danial walau harga yang ditawarkan adalah sama! Anda nampak bagaimana pelawat web jualan anda memilih produk yang mereka akan beli? Pelawat web anda juga manusia biasa. Manusia memang sukakan yang cantik-cantik saja. Semua orang suka kereta cantik, rumah cantik.. Jadi anda perlu mencantikkan produk anda supaya berjaya memikat pelawat web jualan anda.

Mungkin anda mempunyai masalah sebegini tentang grafik.(mungkin saya juga :p)

  1. Tak ada masa membina grafik yang cantik-cantik dan menawan. Sedangkan kerja tersebut lebih baik di outsource kepada orang lain.(Tapi sampai bila?)
  2. Tak tahu bina grafik sendiri. Panduan yang diajarkan di internet biasanya bukan mengajar anda dari scratch lantas susah nak ikut sebab anda tak faham apa yang mereka (professional designer) ni ajarkan.
  3. Anda dah tahu membina grafik. Tapi masalahnya anda tak tahu pula macam mana   nak bina dengan cantik dan mempunyai mesej. Grafik yang mempunyai mesej ni lebih mahal dari grafik yang ‘kosong’ walaupun cantik. Kalau tak, macam mana TM berani membelanjakan 2 juta hanya untuk menjenama semula logonya. Logonya simple tapi bermesej.
  4. Anda sudah tahu membina grafik yang canggih dan mantap tapi menghabiskan   sehingga setengah jam duduk di depan komputer untuk menghasilkan grafik sebegitu sedangkan professional designer hanya memerlukan beberapa minit   sahaja untuk membina grafik seperti yang anda bina. Maksudnya, anda tak guna   teknik yang mudah. Sedangkan pro designer hanya gunakan teknik mudah sahaja!
  5. Nak belajar grafik, tapi kelas-kelas grafik di luar begitu mahal.Kelas photoshop saja mencecah RM400 untuk 56 jam. Sngat mahal. Modal anda habis begitu saja nanti.

Seorang sahabat saya, AmmarZahar yang sebelum ini terkenal dengan Rahsia Squeeze Page kini tampil ingin membantu semua orang bergelar professional designer supaya anda dapat menjadi seorang pro dalam design. Setidak-tidaknya anda boleh membina grafik anda sendiri. Yang paling bestnya, dia akan menunjukkan anda cara yang PALING MUDAH untuk membina grafik walau anda bermula dari kosong! Jika anda mempunyai masalah-masalah yang saya sebutkan diatas, anda wajib membaca sedikit overview tentang produk beliau yang dinamakan Koleksi Grafik V2.
Oh ya, saya telah diberikan peluang mereview Koleksi Grafik V2 :)

Dengan harga yang begitu rendah, (katanya dia akan meletakkan ‘harga rendah gila’ untuk seminggu ni) anda mampu menjadi professional designer..!Berikut saya senaraikan
apa yang anda bakal dibekalkan kepada anda untuk menjadi pro ni..

Box Grafik
==========
Dalam box grafik ini, lengkap dibekalkan dengan grafik copy paste. Sesuai benar bagi mereka yang tak ada masa untuk membina grafik sendiri. Mungkin anda sudah tahu bina grafik yang cantik. Tapi anda tiada banyak masa. Jadi, anda bolehla menggunakan box grafik ini untuk anda copy paste sahaja. Dalam box ini sudah lengkap dengan grafik-grafik yang diperlukan untuk web jualan anda seperti download button, order button, bullet, animation button, tag guarantee, tag harga, tag tawaran terhad dan banyak lagi. Penat pula nak senaraikan kesemuanya :p. Yang bestnya, anda dibekalkan dengan fail psd yang mana anda boleh edit semua grafik yang diberikan.

Ebook Manual
============
Bahagian ini pula mengajar anda langkah demi langkah bagaimana mengedit sumber grafik yang diberikan sehingga grafik anda namoak seperti professional. Anda sudah baca bukan Rahsia Squeeze Page? AmmarZahar ni memang suka letak screenshot tutorial sehingga membuatkan anda benar-benar faham dan tak tertinggal satu langkah pun. Malah, teknik yang diajarnya ini SANGAT MUDAH! Anda perlukan tak sampai 10minit
untuk membina grafik yang mantap dan pro ini. Sangat-sangat berbaloi. Malah, dalam ebook manual ni juga, ada 2 orang pakar grafik terkenal akan berkongsi tutorial bagaimana membina grafik web jualan. Nah, kini memang terbukti lengkap. Anda dapat 3orang guru sekaligus. Saya yakin anda pernah dengar nama 2orang designer
tersebut.

Video Tutorial
==============
Anda juga dibekalkan dengan video tutorial asas-asas photoshop. Mempunyai 4 bab asas photoshop seperti penggunaan tools, layers, filter dan blending option. Sememangnya 4 bab ini anda WAJIB tahu untuk menggunakan photoshop. Anda diterangkan dengan ringkas penggunaannya. Sangat sesuai bagi mereka yang bermula dari scracth. Bukan itu saja, malah ada tutorial membina animasi, membina ebook cover, membina header, dan membina background dengan cara yang SANGAT MUDAH. Patutla dia cakap adik dia darjah enam pun boleh bina grafik secantik pro. Satu lagi kelebihan yang membuatkan Koleksi Grafik V2 ini wajib dimiliki, ianya mempunyai lesen MRR yang bermakna anda boleh menjual semula video ini atau memberikan bonus kepada produk anda.

Ahli Kelab
==========
Ini bahagian yang paling mahal. AmmarZahar tidak membiarkan anda terkapai-kapai seorang diri menggunakan grafiknya. Dia menjanjikan bimbingan selama setahun kepada anda jika anda menjadi ahli kelab tersebut. katanya, anda bakal disediakan satu blog khas yang mana anda akan berguru dengan team grafik beliau. Kalau anda masih rasa belum cukup dengan Box Grafik, Ebook Manual, dan Video Tutorial, anda request saja di blog tersebut dan anda akan diajar dengan tutorial sokongan seperti yang anda minta. Itu janji AmmarZahar kepada pembeli Koleksi Grafik V2.

Sangat berbaloi bukan? Jika anda tak percaya dengan kebolehan AmmarZahar, anda
bacalah ebook Rahsia Squeeze Page yang diberikan secara percuma kepada subsriber  beliau dan disitu anda lihat bagaimana AmmarZahar membongkarkan ilmu berharganya kepada anda tanpa bayaran. Dan untuk pengetahuan anda, Koleksi Grafik V2 milik AmmarZahar ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2008. Untuk seminggu pelancaran, beliau menjanjikan harga promosi yang sangat rendah. Selepas seminggu, AmmarZahar akan menaikkan harga. Ini katanya. Dan jika anda mahu mengambil peluang yang sangat berbaloi ini, anda boleh dapatkan melalui link saya kerana ada bonus menanti anda :)

 

 

Minisite : Produk Digital

July 15th, 2008 No Comments   Posted in Grafik, Minisite

 Iklan:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Apakah minisite?

Minisite boleh katakan sebagai sebuah web yang dikhaskan untuk satu produk sahaja. Di dalam minisite, setiap penerangan hanya fokus kepada produk itu iaitu dari awal hingga akhir. Kali ini, saya ingin fokuskan hanya kepada produk digital. Kebiasanyanya, sebuah minisite lebih tertumpu kepada produk digital seperti ebook, software, gambar digital, video, audio dan seumpamanya.

Apa yang ada dengan minisite?

Jika dilihat dari segi rekabentuk ( design layout ), minisite mempunyai design yang simple. Sebelum saya terus berkongsi idea, mari kita lihat beberapa contoh minisite yang ada. Anda boleh klik link minisite-minisite di bawah: ( sekadar contoh )

1. Ebook PanduanFTP
2. Panduan Buat Blog
3. Jana Wang Adsense
4. Perisian EZSurvey
5. Panduan Affiliate
6. Video
7. Rahsia Minisite

Baiklah, anda bolehlah klik link-link di atas untuk lebih faham tentang apa yang akan saya kongisikan secra ringkas selepas ini.

Rekabentuk minisite?
Secara umumnya, minisite mempunyai 3 bahagian yang utama - header, content, footer. Header ialah bahagian paling atas. Biasanya header ini dalam bentuk grafik atau banner. Untuk membina sendiri banner untuk header ini, anda perlu sedikit kemahiran dalam penggunaan perisian seperti Adobe Photoshop.

Bahagian content ialah bahagian yang akan menerang tentang produk yang anda jual dari mula hingga akhir.Ini merupakan bahagian yang penting untuk memastikan anda dapat’mencairkan hati’ para pelanggan untuk membeli produk anda. Anda mungkin boleh mendapatkan khidmat orang lain untuk menulisnya. Jkka anda mempunyai kemahiran menulis dan mampu ‘mencairkan hati’ prospek, itu sudah bagus.

Footer pula ialah bahagian paling bawah. Apa yang saya lihat footer akan diletakkan design yang simple dan tak serabut mata nak lihat. Biasanya, nama domain minisite diletakkan. Jika anda mengupah pereka grafik, pereka grafik itu akan meletakkan nama domain mereka. itu merupakan syarat mereka. Merekabentuk footer sama seperti merekabentuk header.

Buat minisite nampak lebih menarik?

Pada pendapat saya, sebuah minisite hendaklah menarik dari segi rekabentuk dan grafik. Pandangan anda bagaimana? Jika tadi saya dahpun kongsikan tentang header, content dan footer…kali ini kita tengok pada bahagian yang lain pula tetapi masih dari segi grafik.

Latar belakang ( background ) sesebuah minisite jangan dibiarkan kosong melainkan anda merasakan kosong lebih baik. Rekalah grafik untuk menjadikan latar belakang lebih menarik. Dan ciptalah satu grafik untuk ‘button’ membeli. Ini akan memudahkan prospek/pelanggan untuk melihat cara-cara untuk membeli, jika mereka hendak membeli. Mereka tidak tercari-cari dibahagian mana untuk diklik untuk membeli.

Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian idea pada kali ini. Kita jumpa di lain kali tentang minisite. Harapnya, anda dpat sedikit idea tentang grafik minisite.

===================================
Ebook Percuma? Anda nak? Download DI SINI…
===================================

Buah Tangan Pertama Untuk Anda

June 8th, 2008 No Comments   Posted in Berita Semasa, Grafik, Promosi

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Akan datang……sebuah produk dari OtaiOnline.com.

“Koleksi Grafik MiniSite” - Himpunan grafik minisite yang membantu anda memiliki minisite yang menarik.

Koleksi ini akan menghimpunkan pelbagai koleksi grafik yang boleh anda gunakan untuk mencantik dan menambahnilai minisite anda.

Nantikan kemunculannya…..

Koleksi Grafik MiniSite

>> Klik Untuk Maklumat Lanjut <<