Kedai Online atau Offline?

Assalamualaikum / Salam sejahtera..

Hanya tinggal kurang dari 60 hari untuk kita meninggalkan Tahun 2008. Tahun 2009 akan menjelma. Sudahkah kita ( termasuk saya ) mencapai matlamat yang telah dibuat dalam Tahun 2008? Adalah lebih baik, kita renungkan bersama setiap matlamat yang telah kita rancangkan.

phone.jpg

Jika anda seorang usahawan, antara matlamat anda tentulah untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan. Kini, ada 2 jenis usahawan iaitu usahawan online dan offline.

Usahawan online yang menjual produk melalui internet. Semua urusniaga dilakukan menerusi internet. Mereka ini tentunya mempunyai kedai di internet atau lebih dikenali sebagai Kedai Online. Untuk membina Kedai Online tidaklah memerlukan modal yang besar. Mungkin dalam lingkungan RM500, anda sudah mampu memiliki Kedai Online yang canggih dan memenuhi citarasa anda. Kedai Online mempunyai sistem yang meliputi sistem tempahan dan pembayaran secara online dan mudah. Jika anda mahir untuk menghasilkan Kedai Online anda sendiri, maka anda sudah boleh memasarkan produk anda di seluruh dunia.

Usahawan offline pula ialah usahawan yang memasarkan produk secara terus kepada penggan di dunia nyata. usahawan ini memiliki kedai, gerai atau pun menjual dari rumah ke rumah. Mereka memiliki kedai di dunia nyata yang beroperasi dalam tempoh masa tertentu dalam sehari. Mungkin dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Tetapi Kedai Online beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa tutup. Itulah kelebihan Kedai Online.

Jangan risau!! Jika anda seorang Usahawan Offline, anda juga BOLEH menjadi Usahawan Online. Caranya, anda jual atau pasarkan produk anda di Kedai Online. Anda perlu memiliki kedai online anda sendiri dan pamerkan produk anda di sini.

Cara hendak memiliki kedai online?

1. Anda boleh bina sendiri. ( jika anda berkemahiran)
2. Anda boleh upah orang yang mahir dengan sedikit kos.
(tidak rugi untuk mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membina kedai online jika dibandingkan dengan keuntungan yang akan anda dapat nanti…)

 

Akhir kata : Fikir-fikirkanlah adakah anda ingin menjadi usahawan offline atau menjadi usahawan online dan offline.

.

.

.

 

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
Berita Semasa, Kedai Online

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)