Kepada para pembaca blog ini yang bergelar GURU, saya ucapkan Selamat Hari Guru.
Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa guru mesti dihormati. Kepada para pelajar samada di sekolah rendah, sekolah menengah ataupun di IPT, hormatilah guru anda. Kepada para ibu bapa, sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang masih bersekolah dan belajar, hormatilah guru-guru. Didiklah anak-anak menghormati guru-guru. Jadikan guru-guru sebagai sumber rujukan dan juga sahabat yang baik.

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.Terima kasih Cikgu…
.
.
.

























