Selamat Ulang Tahun

Posted on January 16, 2009 by NayanMohd

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Apa khabar semua pembaca blog ini? Selamat Tahun Baru diucapkan. Hari ini ialah 16 Januari 2009 dan merupakan hari Jumaat. Saya ada sesuatu yang hendak dikongsikan bersama anda.

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran saya yg ke 31. Mungkin ada di kalangan anda pembaca blog ini yang sebaya dengan saya. Saya juga ingin ucapkan Selamat UlangTahun kelahiran kepada 3 orang rakan di tempat kerja lama saya iaitu En. Rusly, Ustaz Mat dan juga Cik Clara. Tarikh lahir mereka juga sama dengan saya.

Tarikh lahir ( hari dan bulan ) kami sama cuma yg berbeza tahun kelahiran. Adakah karakter kami sama…ataupun berbeza? Sukar untuk saya menjawabnya sebab saya belum buat kajian lagi. :)

Baiklah, saya dedahkan sedikit tentang diri saya. Dilahirkan di Negeri Sembilan dan dibesarkan di Perak. Bersekolah rendah di Perak manakala sekolah menengah di Perak dan juga di Kedah. Melanjutkan pelajaran di UiTM untuk diploma dan ijazah. Pernah belajar di UiTM Seri Manjung, Perak ( kini UiTM Perak berada di Seri Iskandar ) dan UiTM Perlis di Arau. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit ( kini dikenali sebagai Institut Perguruan Kuala Terengganu ) dan pada hari ini (16.01.2009) IPKT akan ditukar nama lagi. (Rujuk di sini)

Di sini juga saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan saya yang memberi sokongan kepada saya di dalam bidang perniagaan internet. Saya jalankan bisnes internet ini secara part-time. Aktiviti saya ialah penjualan ebook dan kini turut menawarkan perkhidmatan pembinaan laman web minisite.

—————–
Berita Terkini
—————–

Kepada mereka yang memerlukan laman web minisite untuk promote produk anda di internet, kini saya menawarkan perkhidmatan pembinaan laman web minisite. Saya tawarkan pada harga yang berbaloi dan pada kualiti yang baik.

Sempena Ulangtahun kelahiran saya ini, saya akan menawarkan diskaun kepada anda. Berapakah diskaunnya? Apa yang boleh saya katakan ialah ianya berbaloi.

Nantikan kemunculannya…saya akan umumkan di blog ini dalam beberapa hari lagi.

.

.

.

.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 Responses to “Selamat Ulang Tahun”

  1. Selamat hari jadi bro! Bro ni banyak bantu saya create web saya ni.

  2. Salam

    dah 31..saya baru je nak mencecah 30..beberapa hari je lagi..

    belajar kat maktab batu rakit ke? dah dekat dah dengan tempat saya kerja sekarang ni :-)

    jadi..selaku cikgu, tentu banyak nasihat dan tips2 yang dapat dipelajari..semoga hidup anda diberkati…amiin

Leave a Reply