Archive for December, 2008

MacGyver Malaysia hasilkan buku

Posted on December 24, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Sumber : utusan online ( utusan.com.my)
23/12/2008

——————————————

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Malaysia cukup popular berikutan lahirnya seorang pencipta muda yang mendapat jolokan MacGyver Melayu.

 



MacGyver Melayu yang dimaksudkan itu ialah Zulkifli Haron, 49, anak kelahiran Kelantan yang mengikuti ayahnya menetap di Rawang, Selangor.

Nama tersebut diberikan kepadanya kerana kira-kira 20 tahun lalu drama Inggeris yang menampilkan hero kreatif bernama MacGyver cukup popular.

 

Zulkifli diberi nama berkenaan kerana beliau cukup genius menghasilkan pelbagai produk sehingga masyarakat umum mengaguminya.

 

Salah satu produk pertamanya suatu masa dahulu ialah membuka pintu menggunakan kata laluan yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok.

 

Kata laluan itu berbunyi “Niat enson mata kaji semar ngiseng”.

 

Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam perniagaan reka cipta, Zulkifli sebenarnya sudah menghasilkan lebih 1,000 produk.

 

Salah satu produk terbaru pemilik syarikat induk, Zull Design Autoronic itu ialah kolam ikan air masin di pekarangan rumah yang menggunakan air paip dan garam.

 

Walaupun memiliki banyak kemahiran, beliau tidak lokek dengan ilmu. Ini kerana pendiriannya cukup jelas, iaitu ilmu yang dimiliki tidak akan luak jika disebarkan kepada khalayak.

 

Bersandarkan niat mahu berkongsi kemahiran yang dimiliki, personaliti unggul reka cipta itu telah menghasilkan buku pertama yang memuatkan pelbagai khazanah hidupnya dalam bidang rekaan.

 

Zulkifli memberitahu, buku edisi terhad 500 naskhah sahaja itu disediakan secara percuma untuk sekolah-sekolah dan persatuan.

 

Sekolah dan persatuan yang mahukan buku tersebut bolehlah mendapatkan keterangan lanjut melalui laman web www.zulldesign.com.my.

 

“Saya bercita-cita menerbitkan buku ini sejak 10 tahun lalu lagi. Niat utama saya ialah untuk memberitahu kepada umum mengenai duri dan ranjau yang dihadapi oleh Zulkifli Haron untuk menjadi pereka.

 

“Melalui buku ini, setidak-tidaknya saya boleh merangsang minda masyarakat kita bahawa tanpa kreativiti rakyat sesebuah negara itu tidak akan maju,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

 

Zulkifli membelanjakan lebih RM5,000 untuk menghasilkan buku berkenaan. “Biarlah duit saya dihabiskan untuk menjana minda warga Malaysia. Melalui buku ini saya amat berharap agar suatu masa nanti Malaysia tidak lagi hanya menjadi negara pembeli sesuatu barangan dari seluruh dunia.

 

“Kita kena ingat bahawa setiap sesuatu barangan itu akan rosak. Apabila rosak kita acap membelinya lagi. Saya tidak mahu rakyat Malaysia terus menjadi golongan pembeli sahaja sebaliknya saya mahu mereka menjadi pengeluar dan seterusnya pereka,” tegasnya.

 

Zulkifli berkata, beliau menghasilkan buku itu untuk memberi motivasi dan sokongan moral kepada generasi akan datang agar mereka menjadi kumpulan pencipta yang benar-benar kreatif.

 

“Melalui buku ini saya berharap ramai remaja akan cenderung untuk menjadi pereka muda yang berjaya,” ujarnya.

 

Zulkifli juga memberitahu, beliau akan menghasilkan buku edisi kedua tidak lama lagi. Buku tersebut pula katanya, akan memuatkan panduan menghasilkan sesuatu produk ciptaannya yang berjaya mendapat pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

Beliau menyatakan, pasaran buku itu ditumpukan kepada para pelajar rendah, menengah dan penuntut di institusi pengajian tinggi.

 

“Salah satu kandungan buku tersebut nanti ialah bagaimana untuk mencipta alat mengesan gegaran.

 

“Buku itu nanti berjudul Warisan Kajian. Ia memuatkan semua reka cipta saya sejak 20 tahun lalu,” ujanya.

 

Menyentuh harga buku berkenaan pula, Zulkifli memberikan anggaran antara RM10 hingga RM15 senaskhah.

.

Panduan Menjual Produk Fizikal Secara Online – Siri 4

Posted on December 12, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Kali ini akan teruskan lagi tentang topik di atas.

Kita akan melihat bagaimana cara menjual produk fizikal secara online.

Antara caranya:

1. Menjual di laman web sendiri.

Anda perlu membina sebuah laman web yang dikhaskan untuk menjual produk fizikal anda. Anda perlu mempelajari cara-cara bagaimana untuk membina laman web anda sendiri. Ianya tidaklah begitu sukar.

Panduan bervideo berikut dapat membantu anda untuk membina laman web.
Sila layari http://www.panduan-minisite.com

2. Menjual di laman lelongan online.

Anda boleh menjual produk fizikal anda di laman lelongan online seperti ebay.com. Anda perlu dapatkan panduan bagaimana untuk menjual di dalam laman lelongan online.

Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut :

http://www.otaionline.com/kuasalelong 

Selamat berjaya

.

.

Panduan Menjual Produk Fizikal Secara Online – Siri 3

Posted on December 9, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Baiklah, pada siri 3 kali ini, kita akan lihat di mana produk-produk fizikal boleh diperolehi.

Antara tempat-tempat untuk mendapatkan produk fizikal ialah:

1. Pemborong-pemborong
2. Julan murah oleh pihak pekedai atau pekilang
3. Pihak pembuat produk fizikal. (contoh : kraftangan-dapatkan dari pengusaha kraftangan itu sendiri)
4. Dapatkan dari laman lelongan online
5. Dapatkan dari kawan-kawan

Produk fizikal yang terpakai tetapi masih elok dan berkualiti juga mendapat sambutan dari kalangan pembeli.

Jika anda ingina tambahkan pengetahun tentang menjual produk fizikal secara online, saya sarankan anda dapatkan panduan berikut: 

.
.

Panduan Menjual Produk Fizikal secara Online – Siri 2

Posted on December 3, 2008 by NayanMohd1 Comment

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Setiap hari boleh dikatakan kita berurusan dengan penjual produk fizikal. Setiap pagi mungkin anda membeli akhbar untuk dibaca. Akhbar itu ialah produk fizikal. Setiap pagi mungkin anda pergi ke pasar unutk membeli ikan, udang, ayam, daging dan sayur-sayuran. Sebuah barang itu ialah produk fizikal. Bermacam-macam lagi produk fizikal yang ada di dunia ini.

Tetapi tidak semua produk fizikal sesuai dijual secara online. Anda harus pandai memilih produk fizikal untuk dijual secara online.

Antara produk fizikal yang sesuai dijual secara online ialah:

  • Kasut
  • Baju
  • Tudung
  • Buku
  • Tikar
  • Cadar
  • Model kereta
  • Model kapal terbang
  • Jam tangan
  • Quran Digital
  • Gelang bermagnet
  • Minyak wangi
  • Pakaian dalam
  • Pakaian renang
  • Jersi sukan
  • Kanta lekap
  • Kerongsang
  • Baju batik
  • Tas tangan

    ..

    . dan macam-macam lagi.

    Jadi fikir-fikirlah produk fizikal pilihan anda sebelum anda ingin menjual produk fizikal secara online.

    Jumpa lagi pada Siri 3 akan datang…

    panduan menjana pendapatan lumayan di ebay