Archive for November, 2008

NiagaKit Oh NiagaKit…

Posted on November 6, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Assalamualaikum / Salam Sejahtera…

 

NiagaKit Oh NiagaKit!!!

Kenapalah baru sekarang niagakit ni dibangunkan?
Kenapa tidak dari dulu lagi?

Mungkin itu antara 2 soalan yang berlegar-legar di fikiran anda yang telah mengetahui kewujudan NiagaKit.

 

Mungkin jawapan yang dapat saya katakan ialah Perniagaan Internet ataupun berniaga di internet telah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Jadi mereka memerlukan sebuah Kedai Online yang sesuai untuk menjual produk melalui medium internet.

 

Banyak juga saya lihat di internet, wujud laman web yang menjual produk yang tidak menggunakan Kedai Online yang betul dan sesuai. Pada pandangan saya, blog percuma seperti blogspot tidak sesuai untuk menjual produk fizikal.

 

NiagaKit Oh NiagaKit!!!

 

Kini NiagaKit dapat membantu peniaga-peniaga produk fizikal di internet unutk menjual produk mereka bukan sahaj di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang NiagaKit?

 

—> Sila Klik Di Sini : [ NiagaKit ]

 

Kedai Online
.
.

Kedai Online atau Offline?

Posted on November 4, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Assalamualaikum / Salam sejahtera..

Hanya tinggal kurang dari 60 hari untuk kita meninggalkan Tahun 2008. Tahun 2009 akan menjelma. Sudahkah kita ( termasuk saya ) mencapai matlamat yang telah dibuat dalam Tahun 2008? Adalah lebih baik, kita renungkan bersama setiap matlamat yang telah kita rancangkan.

phone.jpg

Jika anda seorang usahawan, antara matlamat anda tentulah untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan. Kini, ada 2 jenis usahawan iaitu usahawan online dan offline.

Usahawan online yang menjual produk melalui internet. Semua urusniaga dilakukan menerusi internet. Mereka ini tentunya mempunyai kedai di internet atau lebih dikenali sebagai Kedai Online. Untuk membina Kedai Online tidaklah memerlukan modal yang besar. Mungkin dalam lingkungan RM500, anda sudah mampu memiliki Kedai Online yang canggih dan memenuhi citarasa anda. Kedai Online mempunyai sistem yang meliputi sistem tempahan dan pembayaran secara online dan mudah. Jika anda mahir untuk menghasilkan Kedai Online anda sendiri, maka anda sudah boleh memasarkan produk anda di seluruh dunia.

Usahawan offline pula ialah usahawan yang memasarkan produk secara terus kepada penggan di dunia nyata. usahawan ini memiliki kedai, gerai atau pun menjual dari rumah ke rumah. Mereka memiliki kedai di dunia nyata yang beroperasi dalam tempoh masa tertentu dalam sehari. Mungkin dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Tetapi Kedai Online beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa tutup. Itulah kelebihan Kedai Online.

Jangan risau!! Jika anda seorang Usahawan Offline, anda juga BOLEH menjadi Usahawan Online. Caranya, anda jual atau pasarkan produk anda di Kedai Online. Anda perlu memiliki kedai online anda sendiri dan pamerkan produk anda di sini.

Cara hendak memiliki kedai online?

1. Anda boleh bina sendiri. ( jika anda berkemahiran)
2. Anda boleh upah orang yang mahir dengan sedikit kos.
(tidak rugi untuk mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membina kedai online jika dibandingkan dengan keuntungan yang akan anda dapat nanti…)

 

Akhir kata : Fikir-fikirkanlah adakah anda ingin menjadi usahawan offline atau menjadi usahawan online dan offline.

.

.

.