
Secara umumnya, kebanyakkan orang yang baru ingin memulakan perniagaan di lelong.com.my mempunyai mentaliti yang sama – iaitu mereka cuma merasakan bahawa untuk berjaya, mereka perlu menjual sesuatu!
Memang tidak dinafikan, kebanyakkan penjual yang terdapat di Lelong.com.my pada masa ini – hampir kesemuanya menjual sesuatu “barang”.
Namun demikian, saya ingin berkongsi dengan anda salah satu rahsia yang sering dilupakan oleh kebanyakkan orang samaada baru ataupun lama – iaitu memanfaatkan trafik atau pengunjung ke portal tersebut.
Tidak ada portal e-perniagaan lain di Malaysia pada masa ini yang menerima kunjungan pembeli seramai Lelong.com.my!
Pada setiap hari, terdapat purata 100,000 orang unik (individu berbeza) yang mengunjungi portal tersebut untuk mencari dan membeli sesuatu!
Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa portal tersebut mendapat dalam purata melebihi satu juta kunjungan dalam sebulan!
Oleh kerana terdapat trafik yang sebegitu besar pada setiap bulan, pihak admin Lelong.com.my telah membolehkan paparan Banner dibuat oleh ahli-ahlinya.
Sekiranya anda belum mengetahui, Lelong.com.my memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk menghasilkan dan memaparkan Banner mereka di dalam portal mereka dengan bayaran yuran tertentu.
Terdapat dua saiz Banner yang dipaparkan di portal tersebut iaitu saiz besar yang dipaparkan di bahagian atas tengah setiap laman webnya, dan saiz kecil yang dipaparkan di bahagian kiri dan kanan laman web utamanya dan di bahagian kanan laman-laman webnya yang lain.
Continue reading…
Tags:
Lelong