Produk Grafik Terkini…
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Setiap hari, kita sebagai usahawan internet akan terfikir bagaimana caranya untuk menambah hasil pendapatan kita. Setiap hari, kita akan terfikir bagaimana nak menjana wang lebih banyak dari internet. Namun adakah kita perasan bahawa dengan satu produk dan satu web jualan, kita mampu membuat duit sehingga 5 angka..Tak mustahil!!
Adakah kita perasan bahawa untuk menjadi seperti ini, buat duit dengan hanya satu web jualan, kita perlukan keyakinan daripada ramai pelawat web jualan kita. Semakin ramai pelawat web kita yang yakin dengan web jualan kita, kemungkinan untuk mereka menjadi pembeli kita amat tinggi sekali. Bukan semua orang mampu menyediakan surat jualan yang membunuh. Bukan semua orang mampu membina senarai email prospek yang besar. Tapi kini, sesiapa sahaja mampu menjadi Professional Designer seterusnya mampu mencantikkan dan menampakkan web jualan kita lebih professional tanpa mengupah mana-mana designer..
Sebenarnya, untuk menjadi jutawan di internet,anda perlu mahir atau paling tidak tahu serba sedikit membina grafik yang professional kerana itulah kunci utama menentukan kuasa pembeli.Jom kita baca cerita berikut:
Ahmad mempunyai satu laman web jualan. Dia juga terkenal dengan teknik SEO. Jadi tidak hairanla web jualannya sentiasa berada di ranking teratas di Google, Yahoo dan MSN. Dia juga mempunyai produk yang baik lenkap dengan lesen PLR. Malah, surat jualannya benar-benar membunuh. Dia juga mampu mendapatkan testimonial dari ramai pakar yang lain. Hebat berJV juga si Ahmad ni. Setelah sebulan produknya berada di pasaran, Ahmad hanya mampu menghasilkan 10 jualan sahaja. Apakah silapnya? Setelah difikirkan kembali, web jualannya sebenarnya masih tidak nampak professional dan tidak dinaiktaraf ke versi web 2.0.
Danial juga usahawan internet. Danial salah seorang pembeli produk PLR Ahmad tadi. Danial memang masih baru dalam perniagaan internet ni. Namun, satu kelebihannya, dia merupakan seorang pereka grafik professional. Dia kemudiannya menukar kesemua grafik yang terdapat pada web jualan Ahmad. Malah, dia mampu menghasilkan banner-banner promosi yang nampak sangat menarik. Walaupun masih baru dalam internet serta tidak ada kepakaran seperti SEO, JV dan surat jualan yang membunuh, dia mengatasi semua kelemahannya itu dengan menghasilkan grafik yang menarik. Dia kemudiannya melancarkan produknya. Isi sama saja dengan si Ahmad ni tadi. Selepas seminggu, sebarang jualan belum dapat dilakukan. Dia tahu mengapa. Ini kerana web jualannya
masih belum dapat disedari orang. Dia kemudian melanggan PPC supaya web jualannya
mampu berada sederet dengan web jualan Ahmad.
Selepas sebulan, rekod jualannya mencecah 100!!berkali ganda dari Ahmad yang sudah lama menjalankan perniagaan di internet. Teknik yang membezakan mereka hanyalah GRAFIK! Kedua-duanya mampu menarik pelawat unik setiap hari, tapi pelawat unik tersebut yang tidak pernah mengenali Ahmad dan Danial, lebih yakin membeli dari Danial walau harga yang ditawarkan adalah sama! Anda nampak bagaimana pelawat web jualan anda memilih produk yang mereka akan beli? Pelawat web anda juga manusia biasa. Manusia memang sukakan yang cantik-cantik saja. Semua orang suka kereta cantik, rumah cantik.. Jadi anda perlu mencantikkan produk anda supaya berjaya memikat pelawat web jualan anda.
Mungkin anda mempunyai masalah sebegini tentang grafik.(mungkin saya juga :p)
- Tak ada masa membina grafik yang cantik-cantik dan menawan. Sedangkan kerja tersebut lebih baik di outsource kepada orang lain.(Tapi sampai bila?)
- Tak tahu bina grafik sendiri. Panduan yang diajarkan di internet biasanya bukan mengajar anda dari scratch lantas susah nak ikut sebab anda tak faham apa yang mereka (professional designer) ni ajarkan.
- Anda dah tahu membina grafik. Tapi masalahnya anda tak tahu pula macam mana nak bina dengan cantik dan mempunyai mesej. Grafik yang mempunyai mesej ni lebih mahal dari grafik yang ‘kosong’ walaupun cantik. Kalau tak, macam mana TM berani membelanjakan 2 juta hanya untuk menjenama semula logonya. Logonya simple tapi bermesej.
- Anda sudah tahu membina grafik yang canggih dan mantap tapi menghabiskan sehingga setengah jam duduk di depan komputer untuk menghasilkan grafik sebegitu sedangkan professional designer hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk membina grafik seperti yang anda bina. Maksudnya, anda tak guna teknik yang mudah. Sedangkan pro designer hanya gunakan teknik mudah sahaja!
- Nak belajar grafik, tapi kelas-kelas grafik di luar begitu mahal.Kelas photoshop saja mencecah RM400 untuk 56 jam. Sngat mahal. Modal anda habis begitu saja nanti.
Seorang sahabat saya, AmmarZahar yang sebelum ini terkenal dengan Rahsia Squeeze Page kini tampil ingin membantu semua orang bergelar professional designer supaya anda dapat menjadi seorang pro dalam design. Setidak-tidaknya anda boleh membina grafik anda sendiri. Yang paling bestnya, dia akan menunjukkan anda cara yang PALING MUDAH untuk membina grafik walau anda bermula dari kosong! Jika anda mempunyai masalah-masalah yang saya sebutkan diatas, anda wajib membaca sedikit overview tentang produk beliau yang dinamakan Koleksi Grafik V2.
Oh ya, saya telah diberikan peluang mereview Koleksi Grafik V2
Dengan harga yang begitu rendah, (katanya dia akan meletakkan ‘harga rendah gila’ untuk seminggu ni) anda mampu menjadi professional designer..!Berikut saya senaraikan
apa yang anda bakal dibekalkan kepada anda untuk menjadi pro ni..
Box Grafik
==========
Dalam box grafik ini, lengkap dibekalkan dengan grafik copy paste. Sesuai benar bagi mereka yang tak ada masa untuk membina grafik sendiri. Mungkin anda sudah tahu bina grafik yang cantik. Tapi anda tiada banyak masa. Jadi, anda bolehla menggunakan box grafik ini untuk anda copy paste sahaja. Dalam box ini sudah lengkap dengan grafik-grafik yang diperlukan untuk web jualan anda seperti download button, order button, bullet, animation button, tag guarantee, tag harga, tag tawaran terhad dan banyak lagi. Penat pula nak senaraikan kesemuanya :p. Yang bestnya, anda dibekalkan dengan fail psd yang mana anda boleh edit semua grafik yang diberikan.
Ebook Manual
============
Bahagian ini pula mengajar anda langkah demi langkah bagaimana mengedit sumber grafik yang diberikan sehingga grafik anda namoak seperti professional. Anda sudah baca bukan Rahsia Squeeze Page? AmmarZahar ni memang suka letak screenshot tutorial sehingga membuatkan anda benar-benar faham dan tak tertinggal satu langkah pun. Malah, teknik yang diajarnya ini SANGAT MUDAH! Anda perlukan tak sampai 10minit
untuk membina grafik yang mantap dan pro ini. Sangat-sangat berbaloi. Malah, dalam ebook manual ni juga, ada 2 orang pakar grafik terkenal akan berkongsi tutorial bagaimana membina grafik web jualan. Nah, kini memang terbukti lengkap. Anda dapat 3orang guru sekaligus. Saya yakin anda pernah dengar nama 2orang designer
tersebut.
Video Tutorial
==============
Anda juga dibekalkan dengan video tutorial asas-asas photoshop. Mempunyai 4 bab asas photoshop seperti penggunaan tools, layers, filter dan blending option. Sememangnya 4 bab ini anda WAJIB tahu untuk menggunakan photoshop. Anda diterangkan dengan ringkas penggunaannya. Sangat sesuai bagi mereka yang bermula dari scracth. Bukan itu saja, malah ada tutorial membina animasi, membina ebook cover, membina header, dan membina background dengan cara yang SANGAT MUDAH. Patutla dia cakap adik dia darjah enam pun boleh bina grafik secantik pro. Satu lagi kelebihan yang membuatkan Koleksi Grafik V2 ini wajib dimiliki, ianya mempunyai lesen MRR yang bermakna anda boleh menjual semula video ini atau memberikan bonus kepada produk anda.
Ahli Kelab
==========
Ini bahagian yang paling mahal. AmmarZahar tidak membiarkan anda terkapai-kapai seorang diri menggunakan grafiknya. Dia menjanjikan bimbingan selama setahun kepada anda jika anda menjadi ahli kelab tersebut. katanya, anda bakal disediakan satu blog khas yang mana anda akan berguru dengan team grafik beliau. Kalau anda masih rasa belum cukup dengan Box Grafik, Ebook Manual, dan Video Tutorial, anda request saja di blog tersebut dan anda akan diajar dengan tutorial sokongan seperti yang anda minta. Itu janji AmmarZahar kepada pembeli Koleksi Grafik V2.
Sangat berbaloi bukan? Jika anda tak percaya dengan kebolehan AmmarZahar, anda
bacalah ebook Rahsia Squeeze Page yang diberikan secara percuma kepada subsriber beliau dan disitu anda lihat bagaimana AmmarZahar membongkarkan ilmu berharganya kepada anda tanpa bayaran. Dan untuk pengetahuan anda, Koleksi Grafik V2 milik AmmarZahar ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2008. Untuk seminggu pelancaran, beliau menjanjikan harga promosi yang sangat rendah. Selepas seminggu, AmmarZahar akan menaikkan harga. Ini katanya. Dan jika anda mahu mengambil peluang yang sangat berbaloi ini, anda boleh dapatkan melalui link saya kerana ada bonus menanti anda




























