Minisite : Produk Digital

July 15th, 2008 Posted in Grafik, Minisite

 Iklan:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Apakah minisite?

Minisite boleh katakan sebagai sebuah web yang dikhaskan untuk satu produk sahaja. Di dalam minisite, setiap penerangan hanya fokus kepada produk itu iaitu dari awal hingga akhir. Kali ini, saya ingin fokuskan hanya kepada produk digital. Kebiasanyanya, sebuah minisite lebih tertumpu kepada produk digital seperti ebook, software, gambar digital, video, audio dan seumpamanya.

Apa yang ada dengan minisite?

Jika dilihat dari segi rekabentuk ( design layout ), minisite mempunyai design yang simple. Sebelum saya terus berkongsi idea, mari kita lihat beberapa contoh minisite yang ada. Anda boleh klik link minisite-minisite di bawah: ( sekadar contoh )

1. Ebook PanduanFTP
2. Panduan Buat Blog
3. Jana Wang Adsense
4. Perisian EZSurvey
5. Panduan Affiliate
6. Video
7. Rahsia Minisite

Baiklah, anda bolehlah klik link-link di atas untuk lebih faham tentang apa yang akan saya kongisikan secra ringkas selepas ini.

Rekabentuk minisite?
Secara umumnya, minisite mempunyai 3 bahagian yang utama - header, content, footer. Header ialah bahagian paling atas. Biasanya header ini dalam bentuk grafik atau banner. Untuk membina sendiri banner untuk header ini, anda perlu sedikit kemahiran dalam penggunaan perisian seperti Adobe Photoshop.

Bahagian content ialah bahagian yang akan menerang tentang produk yang anda jual dari mula hingga akhir.Ini merupakan bahagian yang penting untuk memastikan anda dapat’mencairkan hati’ para pelanggan untuk membeli produk anda. Anda mungkin boleh mendapatkan khidmat orang lain untuk menulisnya. Jkka anda mempunyai kemahiran menulis dan mampu ‘mencairkan hati’ prospek, itu sudah bagus.

Footer pula ialah bahagian paling bawah. Apa yang saya lihat footer akan diletakkan design yang simple dan tak serabut mata nak lihat. Biasanya, nama domain minisite diletakkan. Jika anda mengupah pereka grafik, pereka grafik itu akan meletakkan nama domain mereka. itu merupakan syarat mereka. Merekabentuk footer sama seperti merekabentuk header.

Buat minisite nampak lebih menarik?

Pada pendapat saya, sebuah minisite hendaklah menarik dari segi rekabentuk dan grafik. Pandangan anda bagaimana? Jika tadi saya dahpun kongsikan tentang header, content dan footer…kali ini kita tengok pada bahagian yang lain pula tetapi masih dari segi grafik.

Latar belakang ( background ) sesebuah minisite jangan dibiarkan kosong melainkan anda merasakan kosong lebih baik. Rekalah grafik untuk menjadikan latar belakang lebih menarik. Dan ciptalah satu grafik untuk ‘button’ membeli. Ini akan memudahkan prospek/pelanggan untuk melihat cara-cara untuk membeli, jika mereka hendak membeli. Mereka tidak tercari-cari dibahagian mana untuk diklik untuk membeli.

Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian idea pada kali ini. Kita jumpa di lain kali tentang minisite. Harapnya, anda dpat sedikit idea tentang grafik minisite.

===================================
Ebook Percuma? Anda nak? Download DI SINI…
===================================

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply