Ulasan Lengkap “Four Tier Annihilation Method”

Ulasan Lengkap “Four Tier Annihilation Method”
oleh Zamri Nanyan
Sebelum memulakan ulasan lanjut mengenai “Four Tier Annihilation Method“, biar saya katakan bahawa sekiranya anda membaca surat jualan di laman web penulis, mungkin anda tak dapat jangkakan bahawa produk ini membincangkan ilmu berkenaan lelongan eBay. Ini kerana tiada satu perkataan “eBay” pun yang dicatatkan di laman web tersebut. Walaubagaimanapun, boleh saya katakan produk ini adalah salah satu produk yang saya sangat puas hati membaca dan menontonnya (ya, video juga disertakan).
“Four Tier Annihilation Method” dijual melalui ClickBank. Jadi, anda akan mendapat akses ke produk ini sebaik sahaja pembelian anda disahkan. Di dalam laman web muatturun, anda akan dapat lihat pautan ke 1 ebook dan 22 video. Ebook “Four Tier Annihilation Method” adalah setebal 145 mukasurat yang penuh dengan maklumat bernilai.
Video yang diberikan adalah bertujuan untuk menerangkan strategi dan taktik yang ditulis di dalam ebook supaya pembeli akan lebih memahami topik yang dibincangkan. Sesetengah video yang diberikan juga membincangkan strategi yang lebih ‘advance’ yang tidak dibincangkan di dalam ebook. Jadi, pembaca perlu menonton video-video yang diberikan selepas selesai membaca ebook “Four Tier Annihilation Method” ini.
Berbalik kepada ebook ini, “Four Tier Annihilation Method” mempunyai 4 modul yang berkisar kepada konsep 4-Tier (4-Tingkat) yang cuba diketengahkan oleh penulis, Saj P dan Alex Goad. Saya rasa setiap bab di dalam ebook ini dibahagikan sama rata dari segi penerangan dan juga ‘complexity’ tajuk tersebut. Ini bermaksud, jika anda berminat dengan satu idea yang dibincangkan, anda boleh fokus kepada 1 modul dahulu dan pergi ke modul lain tanpa kehilangan maklumat-maklumat penting. Tetapi, seperti yang disarankan oleh ebook ini, adalah lebih baik sekiranya anda baca keseluruhan ebook ini bermula dari modul pertama, kedua sehinggalah modul terakhir.
Di dalam modul 1, anda akan belajar bagaimana anda boleh jual produk fizikal. Bab ini bermula dengan panduan melakukan kajian produk yang laris di eBay, ‘outsource’ produk ini dan seterusnya jual di ebay. Jika anda tanya saya satu ilmu yang tidak ternilai dari bab ini, ianya semestinya ialah satu sumber penting di mana anda boleh mendapatkan perkhidmatan untuk menyediakan sebarang produk untuk dijual tanpa anda perlu mencipta produk itu sendiri. Dengan Tier 1 ini, ianya tidak mustahil bagi anda memprolehi pendapatan $100 atau lebih sebulan.
Modul 2 pula adalah modul kegemaran saya kerana ianya membincangkan bagaimana caranya menjana pendapatan daripada produk digital atau produk informasi. Terdapat beberapa strategi yang menguntungkan yang anda boleh aplikasikan daripada modul ini dan jika dilakukan dengan betul, anda boleh mengaut keuntungan $1000 atau lebih sebulan. Di dalam modul ini, saya rasa yang paling bernilai buat saya ialah sumber di mana anda boleh dapatkan perkhidmatan duplikasi CD/DVD dan penghantaran CD/DVD kepada pelanggan pada harga kurang $2 untuk satu keping. Saya faham bahawa terdapat ramai guru internet di luar sana yang menjual produk CD/DVD pada harga yang mahal. Dengan sumber ini, anda juga boleh menjual produk anda dalam bentuk CD/DVD pada harga premium tanpa anda perlu membuat salinan atau penghantaran CD/DVD anda sendiri.
“Tier” seterusnya adalah langkah di mana anda boleh menjana pendapatan $10,000 atau lebih sebulan. Ianya berkaitan dengan menjual produk yang lebih mahal tetapi yang menariknya, di dalam semua “Tier” yang dibincangkan, ada diberikan sumber bagaimana anda boleh mendapatkan produk untuk dijual.
Tier X pula adalah modul yang lebih ‘advance’ dalam modul 3. Modul ini akan membincangkan bagaimana dengan menjual satu produk sahaja, ianya cukup untuk menjadikan anda kaya. Pulangannya adalah dalam 5-6 angka bergantung kepada apa yang anda jual. Walaubagaimanapun, Tier X juga adalah berbeza daripada menjual produk bagi Tier lain, dan penulis mencadangkan anda mengaplikasikan strategi ini selepas anda mahir dengan Tier yang lain.
Dan sebelum akhir ebook “Four Tier Annihilation Method“, terdapat satu seksyen yang mangajar anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan melalui pemasaran affiliate. Ini mungkin merupakan modul kegemaran ramai affiliate. Idea yang diketengahkan adalah praktikal dan anda tidak perlukan kapital yang besar untuk memulakannya. Di antara topik yang ada di dalam modul ini ialah “CPA Profits” dan “List Building”. Apa yang saya suka mengenai modul ini ialah pasarannya telah sedia ada. Anda cuma perlu bawa produk untuk ditawarkan kepada mereka.
Secara ringkasnya, “Four Tier Annihilation Method” bukanlah panduan asas untuk mereka yang baru hendak mengenali eBay atau belajar bagaimana hendak menjual barang terpakai dari rumah mereka. Produk ini akan mengajar bagaimana caranya mencipta kemewahan langkah demi langkah dengan mengikuti Tier (atau katergori) seperti yang dikarang oleh penulis.
Saya berikan “Four Tier Annihilation Method” 4.5 daripada 5 bintang, dan saya gembira melihat produk yang dijual pada harga $77 ini merangkumi maklumat yang cukup terperinci.
Akhir sekali, sekiranya anda ingin membina perniagaan eBay secara serius, KLIK DI SINI dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan produk ini.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


























