‘Online Banking’ - Bagus??

July 23rd, 2008 Posted in Berita Semasa, Online

Berikut ialah 4 sebab untuk menggunakan ‘Online-Banking”:

1. Beroperasi 24-Jam

‘Online Banking’ akan memberikan keselesaan kepada anda untuk memeriksa baki akaun, pindahan wang, dan membayar bil pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada asalkan adanya talian internet. Semua urusan boleh dilakukan dengan selesa. Anda tidak perlu beratur panjang di bank hanya untuk urusan yang asas.

2. Pengurusan Kewangan Bijak

‘Online Banking’ tidak hanya menjimatkan masa tetapi juga merupakan cara yang efektif untuk menguruskan kewangan anda.   Anda tidak lagi terlepas tarikh untuk membayar bil, ansuran kereata, insurans dan seumpamanya. Untuk membayar bil, anda hanya perlu daftar dan masukkan nama syarikat yang berkaitan. Sekarang ini semakin banyak syarikat yang telah menggunakan ‘online banking’.

3. Pembayaran Automatik

‘Online banking’ akan memudahkan pembayaran secara automatik. Jika anda mempunyai bayaran bulan yang tetap seperti ansurans kereta, bayaran takaful, insurans, anda boleh menetapkan arahan pembayaran secara online. Ia sungguh mudah dan anda pastinya tidak terlepasa untuk membayar bil.

4. Alam Sekitar Selamat

Keadaan alam sekitar akan lebih selamat. Jika anda tidak perlu ke bank menaiki kenderaan, anda dapat jimat wang untuk petrol.  Penggunaan bahan bakar seperti petrol akan mengurangkan pencemaran udara. Jadi kita dapat menghirup udara yang lebih segar. Penggunaan kertas yang kurang akan mengurangkan penggunaan bahan untuk membuat kertas. Maka, pokok dapat diselamatkan dari ditebang dengan berleluasa. Kehijauan alam sekitar akan kekal dan habitat flora dan fauna akan lebih selamat.

Sumber : NST

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply