Archive for June, 2008:
Pakej Rahsia 10K Dilancarkan Dengan Rasminya!!!
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
HARI ini 10 Jun 2008, sebuah produk yang dinanti-nantikan telah dilancarkan dengan rasminya. Pakej Rahsia 10k yang akan mendedahkan bagaimana seorang pelajar berusia 17 tahun berjaya mendapat pendapatan sebanyak RM10 000 dalam masa 1 bulan.
Adakah anda fikir ianya mustahil??? ianya terbukti tidak mustahil, sebab ia telah dibuktikan oleh seorang pelajar 17 tahun. pastinya ada di antara anda yang cemburu dengan kejayaan anak muda ini.. ( saya pun cemburu jugak…hehehe).
Kini anak muda itu akan berkongsi RAHSIA kejayaan bersama-sama anda semua.
(Saya mesti dapatkan rahsia ini!!!).

Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai “blueprint” untuk mendapatkan RM10K sebulan.
Rahsia 10K ( Rahsia RM10000)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Ada satu persoalan yang hendak saya ajukan kepada anda:
1. Mampukah anda mendapat RM10000 dalam masa 1 bulan?
Jawapan saya: Saya belum mampu. Anda bagaimana?
Sebenarnya kita ( saya dan anda) mampu mendapatkan pendapatan sebanyak itu dalam masa sebulan tetapi ia tidak semudah yang disangkakan. Kita memerlukan strategi yang perlu diikuti.
Baiklah, perniagaan internet mampu memberikan pendapatan sebanyak itu kepada anda. Buktinya, seorang remaja berusia 17 tahun mampu lakukannya. Siapa remaja itu? Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan beliau tetapi saya teruja dan cemburu dengan kejayaannya itu. ( kenalah saya cari rahsia yang beliau gunakan…)
Beliau ialah Saudara Adly aka Labanon. Beliau akan melancarkan sebuah ebook bertajuk Rahsia 10K yang akan membongkar rahsia dan strategi yang beliau gunakan sehingga beliau berjaya mendapat pendapatan RM10K dalam masa sebulan.
Silalah ke blog ini untuk perkembangan terkini tentang Rahsia 10K…
Buah Tangan Pertama Untuk Anda
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Akan datang……sebuah produk dari OtaiOnline.com.
“Koleksi Grafik MiniSite” - Himpunan grafik minisite yang membantu anda memiliki minisite yang menarik.
Koleksi ini akan menghimpunkan pelbagai koleksi grafik yang boleh anda gunakan untuk mencantik dan menambahnilai minisite anda.
Nantikan kemunculannya…..
>> Klik Untuk Maklumat Lanjut <<
Persediaan Era Internet 2035
Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my
| MASA depan Internet ditentukan melalui sejauh mana penggunaannya di kalangan manusia memandangkan me rekalah yang mencorakkan perubahannya untuk disesuaikan dalam pelakuan hidup. |
MASA depan Internet ditentukan melalui sejauh mana penggunaannya di kalangan manusia memandangkan me rekalah yang mencorakkan perubahannya untuk disesuaikan dalam pelakuan hidup.
Ketika Internet mula dikomersialkan kira-kira 18 tahun lalu, tidak ramai yang menjangkakan pengaruhnya mampu di perluaskan dan diperbaharui setiap hari hinggakan ke mampuan Internet seolah-olah dunia kedua kepada ke hidupan manusia.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Internet Google Inc, Vinton G Cerf, berkata teknologi seperti Internet membantu dalam menyelesaikan masalah manusia dan ia mengalami evolusi pantas termasuk pertambahan pelbagai aplikasi yang diguna pakai melaluinya.
“Inilah kemudahan paling bermanfaat kepada manusia dan saya menjangkakan lebih 70 peratus daripada 8.12 bilion penduduk dunia menjelang 2035 dengan 100 peratus di negara maju, satu perangkaan yang menarik terutama apabila melihat perkembangan semasa seperti jalur lebar dan se bagainya,” katanya.
Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma!
Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma!
oleh Zamri Nanyan
Memang jika dilihat pada dasarnya, sesebuah laman web perniagaan tidak mungkin akan menjana sebarang pendapatan jika segalanya diberi percuma.
Namun, cuba lawati beberapa laman web perniagaan internet dan anda akan perasan yang kebanyakan daripadanya memberikan sesuatu yang percuma kepada pengunjung laman web mereka. Di antara perkara yang diberikan percuma adalah seperti berikut.
1. Ezine percuma
2. Ebook percuma
3. Keahlian (membership) percuma
4. Artikel percuma
5. Perkhidmatan percuma
…dan banyak lagi.
Dan ada yang lebih ‘daring’ lagi sehingga sanggup menghantar barangan fizikal seperti CD dan buku.
Jika diberikan percuma, tidakkah itu merugikan usahawan internet berkenaan? Lebih-lebih lagi jika mereka terpaksa menghantar produk fizikal kepada pengunjung laman web mereka ke serata dunia.
Jawapannya ada di dalam pengiraan matematik dan juga taktik pemasaran yang dipraktikkan.
Baiklah, mari kita lihat taktik perniagaan ini terlebih dahulu.
Strategi Pemasaran
Produk yang diberikan percuma merupakan insentif kepada pengunjung untuk mengenali usahawan internet tersebut sebelum jualan dibuat. Ianya juga merupakan alatan atau ‘tool’ yang digunakan untuk membina kepercayaan di antara usahawan internet dan juga pengunjung laman web mereka (bakal pembeli).
Sekiranya kepercayaan wujud ke atas penjual (usahawan internet tersebut), maka ianya menjadi mudah untuk pembeli membelanjakan wang mereka untuk produk yang ditawarkan seterusnya.
Anda pun tahu yang ianya amat sukar untuk mempercayai sesuatu perniagaan di internet, bukan?
Dengan memberikan “pengalaman” berurusan dengan usahawan internet tersebut (secara mendapatkan produk percuma daripada beliau) akan mengurangkan rasa risau untuk berurus niaga pada masa akan datang.
Jadi anda dapat lihat di sini yang produk yang diberikan percuma, secara tak langsung, adalah bahan promosi untuk produk yang lain.
Perkiraan Matematik
Ya, jika diberikan percuma, mungkin kosnya terpaksa ditanggung oleh usahawan tersebut.
Contohnya, jika kos penghantaran sebuah cakera padat (CD) ialah RM3, maka jika 1000 orang yang memohonnya secara percuma, jumlah duit yang perlu dikeluarkan sudah mencecah RM3,000.
Semua orang tahu yang perbelanjaan RM3,000 tanpa pulangan balik adalah merugikan.
Tetapi, jika ianya dilakukan secara bijak, kos RM3,000 boleh bertukar kepada untung RM4,5000 dan sebagainya.
Jom kita lihat dengan lebih mendalam lagi dan ambil contoh penghantaran CD ini sebagai subjek analisa.
CD yang dihantar secara percuma adalah bahagian pengenalan kepada satu lagi produk video tutorial yang harganya RM100 sekeping. Disebabkan CD kedua ini lebih lengkap dan mempunyai segala rahsia yang tidak diterangkan di dalam CD pertama, besar kemungkinan mereka yang memohon CD pertama ingin mendapatkan CD kedua, di mana mereka terpaksa membayar untuk mendapatkannya.
Daripada 1,000 orang yang memohon, secara purata 75 orang akan membuat pesanan dan pembayaran sebanyak RM100 untuk sekeping CD.
Ini bermakna, anda sudah menghasilkan jualan sebanyak RM7,500 (andaian kos penghantaran ditanggung oleh pembeli).
Jadi, keuntungan bersih anda ialah RM7,500 (CD kedua) - RM3,000 (CD pertama) = RM4,500 (andaian kos menerbitkan CD adalah terlalu kecil untuk direkodkan).
Tingkatkan lagi peratusan pembelian CD kedua kepada pesanan CD kedua, dan anda akan menambahkan lagi keuntungan anda.
Secara ringkasnya, anda perlu mengetahui nisbah pembelian daripada hasil pemberian percuma, dan anda akan sentiasa menang di dalam pemasaran sebegini.
Dan sekiranya produk yang anda berikan adalah dalam bentuk digital seperti ebook atau perisian, ianya lebih memudahkan anda kerana kos permberian produk digital adalah percuma.
Oleh itu, anda harus menilai samaada strategi pemberian produk percuma kepada pengunjung laman web anda adalah berbaloi. Jika anda ingin melakukan dengan cara yang mudah, selalulah gunakan pendekatan pemberian produk digital.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

