Iklankan Produk Anda Di Blog
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar semua pembaca blog OtaiOnline.com? Selamat berhari Sabtu…Selamat bercuti kepada yang bercuti.
Iklan?? Untuk menjual sesuatu produk, anda perlu iklankan produk anda. Harap anda bersetuju dengan kenyataan saya ni. Iklan merupakan salah satu cara promosi. Antara cara promosi yang lain yang jugak berkesan ialah promosi ‘mulut ke mulut’. Promosi ini akan berlaku apabila telah ada pelanggan yang membeli produk anda dan berpuashati dengan produk anda itu.
Tetapi, sebelum berlakunya promosi ‘mulut ke mulut’ , apa yang perlu anda lakukan? Anda perlu IKLANkan produk anda dahulu. Samada iklankan di majalah, akhbar, risalah, dan sebagainya. Iklan di majalah dan akhbar akan memakan kos yang tinggi, sehingga menelan kos ribuan ringgit. Jika anda mampu, ia tidak menjadi masalah. Jika anda tidak mampu…bagaimana?
Tahulah anda bahawa anda juga boleh iklankan produk anda di internet. Pengiklanan di memang cukup popular sekarang. Mari kita lihat kedudukan Malaysia di antara negara-negara Asia. Ini adalah statistik pada Disember 2007. Di mana kedudukan Malaysia?

Untuk mengetahui statistik terkini, anda boleh ke laman web ini :
Kini, semakin ramai penduduk Malaysia yang mempunyai blog. Ia telah menjadi trend sehingga ‘budak sekolah’ juga mampu memiliki blog sendiri. Malah ‘budak sekolah’ juga mampu menjana duit dengan blog. ( Cikgu-cikgu di luar sana yang belum ada blog kenalah cepat-cepat bina blog sendiri - cikgu mana boleh mengalah dengan anak murid)
=============
Khas Untuk Anda
=============
Kini, anda berpeluang iklankan produk anda dengan kos yang murah di blog. Blog OtaiOnline.com menawarkan pakej pengiklanan yang murah dan berbaloi.
Iklan yang macamana?
Iklan berbentuk banner ( 125 x 125 ).
Dimanakah iklan ini akan diletakkan?
Iklan ini akan diletakkan di blog OtaiOnline.com secara statik ( iklan anda akan tetap di situ sepanjang tempoh iklan. Iklan anda tidak akan hilang selagi tempoh iklan belum berakhir)
Selain itu juga, pihak kami akan membuat review tentang produk anda di blog kami. Maknanya, selain iklankan banner anda, anda juga akan mendapat bonus iaitu review percuma di blog ini. ( Ada juga blog yang mengenakan bayaran untuk perkhidmatan review produk)
Berapa lama tempoh banner iklan akan ada di blog?
Ia mengikut pilihan anda. Kami tawarkan iklan selama 1 minggu, 2 minggu dan 1 bulan.
Berapa harga untuk iklan ini?
RM30 - untuk 1 bulan
RM20 - untuk 2 minggu
RM10 - untuk 1 minggu
Adakah pihak OtaiOnline.com menyediakan perkhidmatan membuat banner?
Buat masa ini tidak. Anda perlu menyediakan banner itu sendiri. Anda juga boleh mengupah orang lain untuk membinanya.
Saya berminat!!! Apa langkah saya seterusnya?
Terima kasih kerana berminat. Anda perlu menghantar (emel) kepada kami beberapa maklumat yang diperlukan. Sila rujuk di sini >>>
Berapa banyak iklan banner yang akan dipaparkan?
Kami hadkan kepada 5 sahaja dalam satu-satu masa. Dan buat masa ini ( 3 Mei 2008 ) telah ada 2 iklan yang dipaparkan. Sila rujuk di sidebar di sebelah.
Adakah pihak OtaiOnline.com memberi jaminan bahawa dengan mengiklan di blog ini akan memberi pulangan jualan kepada kami?
Pihak kami tidak dapat memberi jaminan sebegitu tetapi iklan di blog merupakan salah satu cara untuk promosikan produk anda.


























