Archive for April, 2008:
Perkahwinan Adalah Satu Ibadah
[Diambil dari: Perkahwinan.Com.My]
Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan agama. Oleh itu ulamak telah menulis dan menjelaskan dengan panjang lebar dalam hal ini dalam kaya-karya mereka yang terdapat dalam pasaran.
Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.
Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.”
Blog MuhammadMuhdTaib.com
Anda tentu kenal siapa (Tan Sri) Muhammad Muhd Taib… Beliau ialah bekas Menteri Besar Selangor. Kini beliau telahpun memiliki sebuah blog wordpress.
Cuba anda lihat gambar di bawah :
Tentang Blog Ini.
Ini adalah Web rasmi saya, Muhammad Muhd Taib. Saya terpanggil untuk bersama-sama anda di dunia siber ini. Saya bersedia menerima pandangan dan cadangan, namun susila adab dan adat masih menjadi pegangan saya. Hanya komen dan pandangan yang bersandarkan adab dan adat sahaja saya akan tampilkan di sini. Berbeza pendapat tidak bermakna kita tidak boleh berkomunikasi di ruang ini.
[Dipetik daripada muhammadmuhdtaib.com]
Blog ini merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan politik. Ini merupakan satu cara yang baik untuk pemimpin negara untuk memberikan maklumat kepada orang awam.
Diharapkan, akan ada lebih banyak blog pemimpin-pemimpin negara akan muncul selepas ini.
Penangan Blog
Berita Minggu (20 April 2008 )
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my
MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.
Blog Adi Putra - Genius Matematik
Siapa Adi Putra??
Adi Putra adalah seorang kanak-kanak genius dalam bidang matematik..

==============
Biodata Adi Putra
==============
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
- Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
-
Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.
Blog Untuk Semua
Salam Sejahtera…
Post pada kali ini, kita akan menyentuh mengenai blog.
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.
Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.
Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah “blog” merupakan kata lakur untuk perkataan “web” dan “log” (Web log). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog.”
Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007
[ Sumber :Wikipedia Bahasa Melayu ]

>> Ebook Panduan Membina Blog Langkah Demi Langkah <<



