Archive for April, 2008

Buku Terpakai Masih Diminati

Posted on April 30, 2008 by NayanMohd2 Comments

Berita Harian ( www.bharian.com.my)
Oleh : Fazaalah Pit

Kewujudan laman blog, teknologi e-book, mobilebook tidak halang penjualan bahan cetak dengan harga murah di Chowrasta

GEORGETOWN: Di sebalik kerancakan teknologi pembacaan, bahan bercetak termasuk buku terpakai masih mendapat tempat di kalangan pembaca walaupun kian terpinggir daripada arus perdana.

Kehadiran lambakan blog dan laman web yang dianggap wadah pembacaan moden dan mesra pengguna serta berteknologi, tetap belum dapat menggantikan peranan bahan bercetak.

Continue reading…

Wanita DiancamPembuli Siber

Posted on April 29, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Membeli-belah melalui Internet menjadi trend masyarakat moden namun ia harus dilakukan dengan berwaspada – Gambar hiasan


BERDASARKAN kajian yang dilakukan oleh Nielsen/NetRatings pada Mei 2006, 52 peratus pengguna Internet adalah terdiri di kalangan wanita.

Penyelidikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun yang sama pula mendapati 52 peratus penguna Internet di rumah merupakan golongan lelaki manakala 47 peratus adalah wanita.

Peratusan hasil kaji selidik kedua-dua institusi tersebut menunjukkan kaum wanita kini semakin selesa menggunakan Internet sebagai alat penghubung untuk mereka berkomunikasi selain melakukan aktiviti e-dagang.

Continue reading…

Tawaran Terhad: Pakej Kit Blogger + Video + Bonus = RM50

Posted on April 26, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa kabar semua pembaca blog OtaiOnline.Com.

“Ada ke pembaca blog ni? Entah lah..saya pun tak pasti. Kalau nak diikutkan tak ramai yang tinggalkan komen untuk ‘post’ yang saya sediakan di blog ni. Kalau tak percaya..cubalah tengok2 ‘post’ yang terdahulu.”

Itulah apa yg saya fikirkan setiap kali saya nak memasukkan post baru.

Blog ni tak menarik la…sebab tu la takde ramai pembaca..buatlah yang menarik sikit…

Mungkin itu pendapat dan pandangan pembaca yang pernah singgah ke blog OtaiOnline.Com ni. Mungkin betul jugak pandangan pembaca tu. :)

Baiklah, saya akan buat satu tawaran hebat hanya untuk pembaca setia blog ini sahaja. yang bukan pembaca setia blog ini…mungkin akan terlepas peluang ni. Sebab tawaran ni TERHAD.

Apa Tawaran TERHAD tu???

Continue reading…

Batu Kurau….

Posted on April 25, 2008 by NayanMohd2 Comments

Ini ialah peta sebahagian dari negeri Perak iaitu di bahagian utara Perak. Di manakah Batu Kurau? Cuba anda perhatikan betul-betul di mana letaknya Batu Kurau.

Kalau anda nak tahu..di kawasan Batu Kurau, terdapat banyak dusun Durian. Bila tiba musim durian, maka orang kampung di sini, bolehlah hidup ‘lebih selesa’ dari biasa. Tapi…itu dahulu. Sekarang, banyak persaingan. Macam-macam jenis durian yang ada di pasaran.

Sedih!!!

Nama “Durian Batu Kurau” telah digunapakai oleh penjual yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah mnggunakan nama ‘baik’ durian Batu Kurau untuk melariskan jualan durian yang bukan ‘berasal’ dari Batu Kurau.

*gambar hiasan*

Durian…OH..Durian…


 

 

 

5 Guru Dihina Depan Murid

Posted on April 24, 2008 by NayanMohdLeave a comment

Oleh Hadzlihady Hassan dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my

KAJANG: Sebagai pendidik, mereka sepatutnya dihormati namun ia menjadi sebaliknya apabila lima guru sebuah sekolah rendah di Semenyih ditertawakan kira-kira 40 anak murid sendiri ketika perhimpunan mingguan di sekolah terbabit, semalam.

Guru wanita itu dikatakan mengalami tekanan hebat apabila dimalukan dengan penghinaan serta kata kesat dan lucah dua lelaki di hadapan anak murid sendiri.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, dua lelaki berkenaan bertindak biadab apabila dengan lantang mengeluarkan perkataan lucah dan menghina semua guru terbabit hingga mereka ditertawakan anak murid sendiri.

Akibatnya, guru berkenaan hanya mampu menangis kerana tidak tertahan dengan tindakan biadab lelaki terbabit yang memalukan mereka di hadapan pelajar.

Continue reading…

Next Page »